Makanan



·         Saiz hidangan
Saiz hidangan adalah berasaskan jumlah yang biasa kita makan. Jika anda makan dua kali ganda hidangan yang dinyatakan pada label, anda perlu menggandakan semua bilangan dalam bahagian Fakta Pemakanan.

·         Tenaga
Oleh kerana tenaga adalah kiraan kalori, anda perlu memberi perhatian kepada jumlah kalori daripada setiap hidangan. Tanpa lemak tidak bermakna tanpa kalori. Ramuan rendah lemak mungkin mengandungi sama banyak kalori dengan ramuan lemak penuh.

·         Lemak
Jika anda mahu cuba mengurangkan lemak, atau anda hanya ingin memastikan jumlah lemak yang anda makan, anda boleh membandingkan label produk makanan yang berlainan dan pilih produk yang kurang mengandungi lemak dan lemak tepu.
·         Karbohidrat
Karbohidrat boleh diperoleh daripada bijirin penuh, beras, kentang, gula dan sebagainya. Kita bukan sahaja perlu mengawasi jumlah karbohidrat, tetapi juga sumbernya.

·         Vitamin & Zat Galian
Dengan undang-undang makanan yang baru diwartakan di Malaysia, syarikat pengeluar makanan hanya dibenar mengisytiharkan kandungan vitamin & zat galian jika tahap kandungannya adalah sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

·         Natrium & Kolesterol
Natrium adalah sebahagian daripada garam. Jadi, adalah wajar bagi orang yang mahu mengurangkan pengambilan garam atau menguruskan tekanan darah mencari makanan yang kurang mengandungi natrium.


Makanan Yang Seimbang

Piramid Makanan yang Seimbang

PEMAKANAN yang baik semasa kanak-kanak penting untuk menyokong keperluan anak anda yang sedang membesar. Di samping menambahkan ketinggian dan berat badan, anak-anak juga sangat aktif secara fizikal. Mereka memerlukan tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk tumbesaran, memelihara fungsi tubuh dan kesihatan keseluruhan. Apabila anak anda berinteraksi secara aktif dengan persekitaran dan orang ramai, mereka terdedah kepada pelbagai ancaman kesihatan seperti jangkitan bakteria dan virus. Pemakanan yang baik dapat membantu mengekalkan sistem imun yang kuat serta menggalakkan pemulihan lebih cepat jika jatuh sakit.

            Pemakanan yang baik juga penting untuk perkembangan mental kanak-kanak. Otak dan sistem saraf anak anda memerlukan nutrien mencukupi untuk berfungsi secara optimum. Dengan sokongan pemakanan yang baik, anak anda akan lebih bersedia untuk belajar dan cemerlang di dalam akademik. Bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan yang optimum, anak anda memerlukan pelbagai nutrien untuk pelbagai fungsi, yang boleh didapati daripada diet hariannya.

Karbohidrat
Sumber tenaga terbaik untuk tubuh.
Karbohidrat (seperti kanji, gula) akan dipecahkan kepada glukosa serta digunakan untuk menggerakkan fungsi tubuh dan membekalkan tenaga. Glukosa adalah satu-satunya sumber tenaga untuk otak anak anda. Sumber karbohidrat kompleks yang baik termasuk beras, gandum, oat, barli dan produk-produk yang diperbuat daripada bahan-bahan ini (seperti mihun, kuetiau, roti, biskut dan bijirin sarapan), dan juga ubi seperti kentang, keledek dan keladi.

Protein
Asas binaan tulang, darah dan otot.
Membaiki, mengganti dan menghasilkan tisu untuk memastikan tumbesaran optimum.
Protein diperbuat daripada asid-asid amino. Tubuh memerlukan 22 asid amino: 14 boleh dihasilkan di dalam tubuh dan lapan mesti diambil daripada makanan (asid amino perlu). Protein daripada sumber haiwan (seperti ikan, ayam itik, daging, telur, susu dan produk tenusu) dan sumber tumbuh-tumbuhan (seperti kekacang, kacang pea dan lentil).

Lemak
Membekalkan tenaga, vitamin-vitamin larut lemak dan asid-asid lemak penting yang hanya boleh didapati daripada makanan.
Mengekalkan suhu tubuh dan menghasilkan hormon serta sel-sel dalam tubuh.
Sumber lazim adalah minyak masak (seperti minyak sawit, minyak kacang soya). Lemak-lemak tak tepu, seperti daripada ikan, legum, kekacang dan biji-bijian merupakan sumber lemak diet yang baik. Kurangkan pengambilan lemak tepu daripada sumber haiwan seperti ghee, lemak khinzir dan juga kelapa.

Vitamin dan mineral
Mengekalkan tumbesaran dan kesihatan keseluruhan, kerana kedua-duanya menjalankan fungsi-fungsi penting di dalam tubuh.
Diperlukan dalam kuantiti kecil, tidak boleh dihasilkan dalam tubuh dan hanya boleh didapati daripada makanan.
Keperluan boleh dipenuhi dengan memakan pelbagai jenis makanan daripada lima kumpulan makanan dalam piramid makanan.

Air
Mengekalkan keseimbangan cecair tubuh.
Menyerap haba metabolik di dalam tubuh. Berfungsi sebagai medium pengangkutan di dalam tubuh (seperti menghantar nutrien ke organ-organ di dalam tubuh dan menyingkirkan bahan kumuh daripada tubuh).


No comments: