Sunday 11 November 2012

Kesan Dadah Kepada Keluarga dan Kesihatan



Dadah sememangnya membawa kesan-kesan yang buruk bukan setakat kepada kesihatan badan kita, namun ia juga memberi kesan yang buruk kepada keluarga. Oleh itu, jauhilah DADAH!!


Thursday 8 November 2012

Kesan Alkohol Kepada Mental dan Fizikal Manusia



Apabila seseorang meminum alkohol, ia terus bertindak ke atas sel-sel otak dengan merangsang otak itu sebelum mengganggu fungsinya sehingga menyebabkan gangguan kepada penglihatan, hilang ingatan dan seumpamanya.
Pengambilan 2-3 gelas alkohol di dalam masa sejam sudah mencukupi untuk menjadikan seseorang tidak stabil. Ketagihan arak memberi kesan negatif kepada diri, keluarga dan masyarakat. Di sudut diri ia boleh menyebabkan sawan dan halusinasi dan pengambilannya di dalam jangka masa yang panjang boleh merosakkan otak untuk selama-lamanya.
Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru, batuk kering, barah mulut dan kerongkong, radang, kerosakan dan barah hati serta melemahkan sistem pertahanan badan.

Sunday 4 November 2012

Cara-cara meningkatkan penghargaan kendiri


Setiap insan mempunyai harga diri atau maruah yang begitu di jaga supaya tidak dicemari oleh mana-man pihak tidak bertangungjawab. Apabila harga diri tercemar kesan yang ditinggalkanbegitu menyakitikan. Keadaan menjadi semakin parah jika harga diri dicemari diri sendiri. Anda bertangungjawab membentuk harga diri yang positif sekiranyan jelas dengan matlamat anda. Berikut adalah 12 cara yang boleh dijadikan panduan dalam membentuk membentuk mempertingkatkan harga diri.


i. Bina Keyakinan Diri
Keyakinan diri bermula dari dalam diri seterusnya terbina di situ .Jadi setiap kali anda ingin mencapai sesuatu matlamat, bayangkan diri anda sudah pun berada pada situasi seperti yang diharapkan. Yang pasti, ia berbentuk positif dan anda berjaya. Jadikan impian anda itu satu kenyataan dengan cara anda berusaha menlaksanakannya, bukan sekadar berangan-angan kosong saja.

ii. Dampingi Orang Lain
Ucapkan kata-kata yang baik kepada orang lain .Senaraikan beberapa perkara yang anda suka dan hargai mengenai seseorang .Seterusnya berilah kerjasama semampunya yang boleh kerana dengan bantuan yang diberikan itu dapat meletak kan diri anda dalam keadaan yang lebih bahagia.

iii. Elakkan Diri Daripada Kesempurnaan
Kesempurnaan boleh melumpuhkan diri dan merencatkan cita-cita untuk mencapai sesuatu matlamat. Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan diri. Jadi, potensi diri seharusnya terlebih dulu dikenali pasti supaya matlamat anda terlaksana sebaik dan semampu mungkin, bukannya untuk mendapat kesempurnaan. Sekiranya kesempurnaan teleh dititikberatkan ,anda mungkin kecewa apabila gagal mencapai matlamat anda.

iv.  Jaga Penampilan Diri
Penampilan diri menjadi satu faktor kritikal dalam pembinaan harga diri .Anda tidak perlu memperlihatkan diri yang kusut ketika berhadapan dengan masalah tetapi sebaliknya semakin mengemaskan diri ketika itu supaya perasaan anda tidak terus menekan diri.

v. Dapatkan Rehat
Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk merehatkan diri. Anda boleh bersenam, bermeditasi, mendengar muzik, bersiar-siar dan sebagainya supaya fikiran dan perasaan mendapat ketenangan.

vi. Hormati Diri
Senaraikan 50 ciri-ciri diri anda yang positif. Jika anda tidak dapat menyenaraikan semuanya, fikirkan seseorang yang begitu meminati dan menghormati anda serta tuliskan beberapa ciri diri positif yang pernah di perkatakan oleh mereka mengenai anda. Anda pasti berasa gembira dan lebih menerima serta menghormati diri anda sendiri.

vii. Utamakan Diri
Lakukan sesuatu yang boleh menggembirakan diri anda untuk anda setiap hari.

viii. Cabar Potensi Diri
Anda perlu melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan tetapi mencabar. Inilah caranya untuk menguji potensi diri kerana cabaran itu, anda akan lebih yakin dengan tindakan dan akhirnya mempertingkatkan lagi kejayaan diri supaya harga diri juga terbina kukuh.

ix. Cari Keistimewaan Diri
Apabila anda tertekan atau menghadapi masalah, kadangkala anda secara spontan mendapat ilham untuk mengendalikan. Inilah keistimewaan yang ada dalam diri anda dan seharusnya diperkukuhkan supaya diri anda lebih mantap

x. Jadilah Seorang Yang Optismis
Bersikap pesimis bukanlah suatu kesalahan kerana ia bolehberlakupada bila-bila masa disebabkan pengalaman lalu. Namun sikap ini boleh mendatangkan keburukan sekiranya terlalu dipegang atau dipercayai kerana tidak ada sesuatu keadaan yang tidak boleh berubah kecuali apa yang telah ditentukan? 

xi. Hindari Sikap Prasangka
Apabila rakan anda bertindak kasar, anda akan lebih mengenalinya tetapi ini tidak bererti dia seorang yang kasar Cuma kekasaran ini mempunyai sebab-sebab tertentu. Cuba dekati dan fahami perasaannya.

xii. Bertindak Sejajar Dengan Nilai
Kadangkala konflik nilai boleh berlaku. Terokai nilai diri anda berdasarkan beberapa insiden yang dialami supaya anda lebih prihatin dengan nilai itu dan ia sejajar dengan tindakan anda. Anda boleh mencapai matlamat yang diidamkan dengan mengamalkan cara-cara yang telah diberikan supaya menjadi manusia berjaya.

Saturday 3 November 2012

Mengenali Panel Maklumat Makanan



·         Saiz hidangan
Saiz hidangan adalah berasaskan jumlah yang biasa kita makan. Jika anda makan dua kali ganda hidangan yang dinyatakan pada label, anda perlu menggandakan semua bilangan dalam bahagian Fakta Pemakanan.

·         Tenaga
Oleh kerana tenaga adalah kiraan kalori, anda perlu memberi perhatian kepada jumlah kalori daripada setiap hidangan. Tanpa lemak tidak bermakna tanpa kalori. Ramuan rendah lemak mungkin mengandungi sama banyak kalori dengan ramuan lemak penuh.

·         Lemak
Jika anda mahu cuba mengurangkan lemak, atau anda hanya ingin memastikan jumlah lemak yang anda makan, anda boleh membandingkan label produk makanan yang berlainan dan pilih produk yang kurang mengandungi lemak dan lemak tepu.
·         Karbohidrat
Karbohidrat boleh diperoleh daripada bijirin penuh, beras, kentang, gula dan sebagainya. Kita bukan sahaja perlu mengawasi jumlah karbohidrat, tetapi juga sumbernya.

·         Vitamin & Zat Galian
Dengan undang-undang makanan yang baru diwartakan di Malaysia, syarikat pengeluar makanan hanya dibenar mengisytiharkan kandungan vitamin & zat galian jika tahap kandungannya adalah sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

·         Natrium & Kolesterol
Natrium adalah sebahagian daripada garam. Jadi, adalah wajar bagi orang yang mahu mengurangkan pengambilan garam atau menguruskan tekanan darah mencari makanan yang kurang mengandungi natrium.

Thursday 1 November 2012

Menjaga Kebersihan Diri

Video ini menunjukkan cara-cara menjaga kebersihan diri kita. Diharapkan semua murid sentiasa mengamalkan kebersihan diri agar disukai dan disenangi oleh rakan-rakan~ 




Sumber dari youtube.~