Friday 19 October 2012

Perbezaaan Antara KSSR dan KBSR



1) Reka Bentuk Kurikulum
     Reka bentuk kurikulum KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu

a) Bidang komunikasi, 
Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil. Antara objektif penting pembentukan  KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira

b) Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar
Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

c) Bidang perkembangan diri individu
Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.

Manakala KSSR terbahagi kepada 6 Tunjang.Tunjang-tunjang KSSR adalah seperti berikut:

Tunjang Komunikasi
Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi.

Tunjang Sains & Teknologi
Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Perkembangan Fizikal & Estetika
Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai
Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Tunjang Kemanusiaan
Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global
Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Tunjang Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

2) Bahan Kurikulum.
KBSR  menggunakan sukatan pelajaran dan huraian pelajaran. Sukatan pelajaran dokumen rasmi yang  merupakan rangka atau garis panduan berkenaan sesuatu subjek Dalam KBSR juga terdapat Huraian Sukatan Pelajaran  yang diperincikan daripada Sukatan Pelajaran Guru mestilah merujuk kedua-dua dokumen ini unuk perancangan tahunan sepanjang tahun yang mengandungi Objektif,Hasil Pembeajaran,aktiviti dan nilai-nilai. Selain itu dalam  KBSR penggunaan  buku teks dan buku panduan guru juga untuk dibekalkan untuk pengajaran dan pembelajaran.

Bahan kurikulum yang digunakan dalam melaksanakan KSSR terbahagi kepada tiga iaitu

Dokumen Standard
Dokumen standard ialah bahan kurikulum utama yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru menggunakan dokumen standard ini untuk merancang rancangan pengajaran mereka. Standard Kandungan  dan  Standard Pembelajaran adalah elemen utama yang terdapat dalam dokumen standard.Standard kandungan adalah kenyataan umum tentang domain kognitif (pengetahuan)dan efektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai oleh murid. Standard pembelajaran pula ialah kenyataan khusus kepada murid agar mereka tahu dan boleh melakukan dari segi konsep dan pengetahuan. Keupayaan melakukan sesuatu membolehkan murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bentuk yang boleh diukur.

Modul Pengajaran.
Modul pengajaran adalah dokumen yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran manakala modul pembelajaran pula dugunakan oleh murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu isi pembelajaran.

Modul pembelajaran.
Modul Pembelajaran pula digunakan oleh murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu isi pembelajaran. Penggunaan modul-mudul dalam KSSR menggantikan buku teks yang akan digunaka pakai oleh guru untuk meningkatkan penguasaan murid dalam focus 4M iaitu membaca ,menulis, mengira dan menaakul seperti mana terdapat dalam KBSR iaitu membaca,menulis dan mengira

No comments: