Setiap insan
mempunyai harga diri atau maruah yang begitu di jaga supaya tidak dicemari oleh
mana-man pihak tidak bertangungjawab. Apabila harga diri tercemar kesan yang
ditinggalkanbegitu menyakitikan. Keadaan menjadi semakin parah jika harga diri
dicemari diri sendiri. Anda bertangungjawab membentuk harga diri yang positif sekiranyan
jelas dengan matlamat anda. Berikut adalah 12 cara yang boleh dijadikan panduan
dalam membentuk membentuk mempertingkatkan harga diri.
i. Bina
Keyakinan Diri
Keyakinan
diri bermula dari dalam diri seterusnya terbina di situ .Jadi setiap kali anda
ingin mencapai sesuatu matlamat, bayangkan diri anda sudah pun berada pada
situasi seperti yang diharapkan. Yang pasti, ia berbentuk positif dan anda
berjaya. Jadikan impian anda itu satu kenyataan dengan cara anda berusaha
menlaksanakannya, bukan sekadar berangan-angan kosong saja.
ii. Dampingi
Orang Lain
Ucapkan kata-kata yang baik kepada orang lain .Senaraikan beberapa
perkara yang anda suka dan hargai mengenai seseorang .Seterusnya berilah
kerjasama semampunya yang boleh kerana dengan bantuan yang diberikan itu dapat
meletak kan diri anda dalam keadaan yang lebih bahagia.
iii. Elakkan
Diri Daripada Kesempurnaan
Kesempurnaan
boleh melumpuhkan diri dan merencatkan cita-cita untuk mencapai sesuatu
matlamat. Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan diri. Jadi, potensi
diri seharusnya terlebih dulu dikenali pasti supaya matlamat anda terlaksana
sebaik dan semampu mungkin, bukannya untuk mendapat kesempurnaan. Sekiranya
kesempurnaan teleh dititikberatkan ,anda mungkin kecewa apabila gagal mencapai
matlamat anda.
iv. Jaga
Penampilan Diri
Penampilan diri
menjadi satu faktor kritikal dalam pembinaan harga diri .Anda tidak perlu
memperlihatkan diri yang kusut ketika berhadapan dengan masalah tetapi
sebaliknya semakin mengemaskan diri ketika itu supaya perasaan anda tidak terus
menekan diri.
v. Dapatkan
Rehat
Setiap
individu mempunyai cara tersendiri untuk merehatkan diri. Anda boleh
bersenam, bermeditasi, mendengar muzik, bersiar-siar dan sebagainya supaya
fikiran dan perasaan mendapat ketenangan.
vi. Hormati
Diri
Senaraikan
50 ciri-ciri diri anda yang positif. Jika anda tidak dapat menyenaraikan
semuanya, fikirkan seseorang yang begitu meminati dan menghormati anda serta
tuliskan beberapa ciri diri positif yang pernah di perkatakan oleh mereka
mengenai anda. Anda pasti berasa gembira dan lebih menerima serta menghormati
diri anda sendiri.
vii. Utamakan
Diri
Lakukan
sesuatu yang boleh menggembirakan diri anda untuk anda setiap hari.
viii. Cabar
Potensi Diri
Anda
perlu melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan tetapi mencabar. Inilah
caranya untuk menguji potensi diri kerana cabaran itu, anda akan lebih yakin
dengan tindakan dan akhirnya mempertingkatkan lagi kejayaan diri supaya harga
diri juga terbina kukuh.
ix. Cari
Keistimewaan Diri
Apabila
anda tertekan atau menghadapi masalah, kadangkala anda secara spontan mendapat
ilham untuk mengendalikan. Inilah keistimewaan yang ada dalam diri anda dan
seharusnya diperkukuhkan supaya diri anda lebih mantap
x. Jadilah
Seorang Yang Optismis
Bersikap
pesimis bukanlah suatu kesalahan kerana ia bolehberlakupada bila-bila masa
disebabkan pengalaman lalu. Namun sikap ini boleh mendatangkan keburukan
sekiranya terlalu dipegang atau dipercayai kerana tidak ada sesuatu keadaan
yang tidak boleh berubah kecuali apa yang telah ditentukan?
xi. Hindari
Sikap Prasangka
Apabila
rakan anda bertindak kasar, anda akan lebih mengenalinya tetapi ini tidak
bererti dia seorang yang kasar Cuma kekasaran ini mempunyai sebab-sebab
tertentu. Cuba dekati dan fahami perasaannya.
xii. Bertindak
Sejajar Dengan Nilai
Kadangkala
konflik nilai boleh berlaku. Terokai nilai diri anda berdasarkan beberapa
insiden yang dialami supaya anda lebih prihatin dengan nilai itu dan ia sejajar
dengan tindakan anda. Anda boleh mencapai matlamat yang diidamkan dengan mengamalkan
cara-cara yang telah diberikan supaya menjadi manusia berjaya.
2 comments:
Terima Kasih banyak-banyak info yang cikgu bagi~
Terima kasih kerana sanggup berkongsi!
Post a Comment