Sunday, 11 November 2012

Kesan Dadah Kepada Keluarga dan Kesihatan



Dadah sememangnya membawa kesan-kesan yang buruk bukan setakat kepada kesihatan badan kita, namun ia juga memberi kesan yang buruk kepada keluarga. Oleh itu, jauhilah DADAH!!


Thursday, 8 November 2012

Kesan Alkohol Kepada Mental dan Fizikal Manusia



Apabila seseorang meminum alkohol, ia terus bertindak ke atas sel-sel otak dengan merangsang otak itu sebelum mengganggu fungsinya sehingga menyebabkan gangguan kepada penglihatan, hilang ingatan dan seumpamanya.
Pengambilan 2-3 gelas alkohol di dalam masa sejam sudah mencukupi untuk menjadikan seseorang tidak stabil. Ketagihan arak memberi kesan negatif kepada diri, keluarga dan masyarakat. Di sudut diri ia boleh menyebabkan sawan dan halusinasi dan pengambilannya di dalam jangka masa yang panjang boleh merosakkan otak untuk selama-lamanya.
Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru, batuk kering, barah mulut dan kerongkong, radang, kerosakan dan barah hati serta melemahkan sistem pertahanan badan.

Sunday, 4 November 2012

Cara-cara meningkatkan penghargaan kendiri


Setiap insan mempunyai harga diri atau maruah yang begitu di jaga supaya tidak dicemari oleh mana-man pihak tidak bertangungjawab. Apabila harga diri tercemar kesan yang ditinggalkanbegitu menyakitikan. Keadaan menjadi semakin parah jika harga diri dicemari diri sendiri. Anda bertangungjawab membentuk harga diri yang positif sekiranyan jelas dengan matlamat anda. Berikut adalah 12 cara yang boleh dijadikan panduan dalam membentuk membentuk mempertingkatkan harga diri.


i. Bina Keyakinan Diri
Keyakinan diri bermula dari dalam diri seterusnya terbina di situ .Jadi setiap kali anda ingin mencapai sesuatu matlamat, bayangkan diri anda sudah pun berada pada situasi seperti yang diharapkan. Yang pasti, ia berbentuk positif dan anda berjaya. Jadikan impian anda itu satu kenyataan dengan cara anda berusaha menlaksanakannya, bukan sekadar berangan-angan kosong saja.

ii. Dampingi Orang Lain
Ucapkan kata-kata yang baik kepada orang lain .Senaraikan beberapa perkara yang anda suka dan hargai mengenai seseorang .Seterusnya berilah kerjasama semampunya yang boleh kerana dengan bantuan yang diberikan itu dapat meletak kan diri anda dalam keadaan yang lebih bahagia.

iii. Elakkan Diri Daripada Kesempurnaan
Kesempurnaan boleh melumpuhkan diri dan merencatkan cita-cita untuk mencapai sesuatu matlamat. Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan diri. Jadi, potensi diri seharusnya terlebih dulu dikenali pasti supaya matlamat anda terlaksana sebaik dan semampu mungkin, bukannya untuk mendapat kesempurnaan. Sekiranya kesempurnaan teleh dititikberatkan ,anda mungkin kecewa apabila gagal mencapai matlamat anda.

iv.  Jaga Penampilan Diri
Penampilan diri menjadi satu faktor kritikal dalam pembinaan harga diri .Anda tidak perlu memperlihatkan diri yang kusut ketika berhadapan dengan masalah tetapi sebaliknya semakin mengemaskan diri ketika itu supaya perasaan anda tidak terus menekan diri.

v. Dapatkan Rehat
Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk merehatkan diri. Anda boleh bersenam, bermeditasi, mendengar muzik, bersiar-siar dan sebagainya supaya fikiran dan perasaan mendapat ketenangan.

vi. Hormati Diri
Senaraikan 50 ciri-ciri diri anda yang positif. Jika anda tidak dapat menyenaraikan semuanya, fikirkan seseorang yang begitu meminati dan menghormati anda serta tuliskan beberapa ciri diri positif yang pernah di perkatakan oleh mereka mengenai anda. Anda pasti berasa gembira dan lebih menerima serta menghormati diri anda sendiri.

vii. Utamakan Diri
Lakukan sesuatu yang boleh menggembirakan diri anda untuk anda setiap hari.

viii. Cabar Potensi Diri
Anda perlu melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan tetapi mencabar. Inilah caranya untuk menguji potensi diri kerana cabaran itu, anda akan lebih yakin dengan tindakan dan akhirnya mempertingkatkan lagi kejayaan diri supaya harga diri juga terbina kukuh.

ix. Cari Keistimewaan Diri
Apabila anda tertekan atau menghadapi masalah, kadangkala anda secara spontan mendapat ilham untuk mengendalikan. Inilah keistimewaan yang ada dalam diri anda dan seharusnya diperkukuhkan supaya diri anda lebih mantap

x. Jadilah Seorang Yang Optismis
Bersikap pesimis bukanlah suatu kesalahan kerana ia bolehberlakupada bila-bila masa disebabkan pengalaman lalu. Namun sikap ini boleh mendatangkan keburukan sekiranya terlalu dipegang atau dipercayai kerana tidak ada sesuatu keadaan yang tidak boleh berubah kecuali apa yang telah ditentukan? 

xi. Hindari Sikap Prasangka
Apabila rakan anda bertindak kasar, anda akan lebih mengenalinya tetapi ini tidak bererti dia seorang yang kasar Cuma kekasaran ini mempunyai sebab-sebab tertentu. Cuba dekati dan fahami perasaannya.

xii. Bertindak Sejajar Dengan Nilai
Kadangkala konflik nilai boleh berlaku. Terokai nilai diri anda berdasarkan beberapa insiden yang dialami supaya anda lebih prihatin dengan nilai itu dan ia sejajar dengan tindakan anda. Anda boleh mencapai matlamat yang diidamkan dengan mengamalkan cara-cara yang telah diberikan supaya menjadi manusia berjaya.

Saturday, 3 November 2012

Mengenali Panel Maklumat Makanan



·         Saiz hidangan
Saiz hidangan adalah berasaskan jumlah yang biasa kita makan. Jika anda makan dua kali ganda hidangan yang dinyatakan pada label, anda perlu menggandakan semua bilangan dalam bahagian Fakta Pemakanan.

·         Tenaga
Oleh kerana tenaga adalah kiraan kalori, anda perlu memberi perhatian kepada jumlah kalori daripada setiap hidangan. Tanpa lemak tidak bermakna tanpa kalori. Ramuan rendah lemak mungkin mengandungi sama banyak kalori dengan ramuan lemak penuh.

·         Lemak
Jika anda mahu cuba mengurangkan lemak, atau anda hanya ingin memastikan jumlah lemak yang anda makan, anda boleh membandingkan label produk makanan yang berlainan dan pilih produk yang kurang mengandungi lemak dan lemak tepu.
·         Karbohidrat
Karbohidrat boleh diperoleh daripada bijirin penuh, beras, kentang, gula dan sebagainya. Kita bukan sahaja perlu mengawasi jumlah karbohidrat, tetapi juga sumbernya.

·         Vitamin & Zat Galian
Dengan undang-undang makanan yang baru diwartakan di Malaysia, syarikat pengeluar makanan hanya dibenar mengisytiharkan kandungan vitamin & zat galian jika tahap kandungannya adalah sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

·         Natrium & Kolesterol
Natrium adalah sebahagian daripada garam. Jadi, adalah wajar bagi orang yang mahu mengurangkan pengambilan garam atau menguruskan tekanan darah mencari makanan yang kurang mengandungi natrium.

Thursday, 1 November 2012

Menjaga Kebersihan Diri

Video ini menunjukkan cara-cara menjaga kebersihan diri kita. Diharapkan semua murid sentiasa mengamalkan kebersihan diri agar disukai dan disenangi oleh rakan-rakan~ 




Sumber dari youtube.~

Tuesday, 30 October 2012

Pengambilan Makanan Seimbang

Piramid Makanan yang Seimbang

PEMAKANAN yang baik semasa kanak-kanak penting untuk menyokong keperluan anak anda yang sedang membesar. Di samping menambahkan ketinggian dan berat badan, anak-anak juga sangat aktif secara fizikal. Mereka memerlukan tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk tumbesaran, memelihara fungsi tubuh dan kesihatan keseluruhan. Apabila anak anda berinteraksi secara aktif dengan persekitaran dan orang ramai, mereka terdedah kepada pelbagai ancaman kesihatan seperti jangkitan bakteria dan virus. Pemakanan yang baik dapat membantu mengekalkan sistem imun yang kuat serta menggalakkan pemulihan lebih cepat jika jatuh sakit.

            Pemakanan yang baik juga penting untuk perkembangan mental kanak-kanak. Otak dan sistem saraf anak anda memerlukan nutrien mencukupi untuk berfungsi secara optimum. Dengan sokongan pemakanan yang baik, anak anda akan lebih bersedia untuk belajar dan cemerlang di dalam akademik. Bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan yang optimum, anak anda memerlukan pelbagai nutrien untuk pelbagai fungsi, yang boleh didapati daripada diet hariannya.

Karbohidrat
Sumber tenaga terbaik untuk tubuh.
Karbohidrat (seperti kanji, gula) akan dipecahkan kepada glukosa serta digunakan untuk menggerakkan fungsi tubuh dan membekalkan tenaga. Glukosa adalah satu-satunya sumber tenaga untuk otak anak anda. Sumber karbohidrat kompleks yang baik termasuk beras, gandum, oat, barli dan produk-produk yang diperbuat daripada bahan-bahan ini (seperti mihun, kuetiau, roti, biskut dan bijirin sarapan), dan juga ubi seperti kentang, keledek dan keladi.

Protein
Asas binaan tulang, darah dan otot.
Membaiki, mengganti dan menghasilkan tisu untuk memastikan tumbesaran optimum.
Protein diperbuat daripada asid-asid amino. Tubuh memerlukan 22 asid amino: 14 boleh dihasilkan di dalam tubuh dan lapan mesti diambil daripada makanan (asid amino perlu). Protein daripada sumber haiwan (seperti ikan, ayam itik, daging, telur, susu dan produk tenusu) dan sumber tumbuh-tumbuhan (seperti kekacang, kacang pea dan lentil).

Lemak
Membekalkan tenaga, vitamin-vitamin larut lemak dan asid-asid lemak penting yang hanya boleh didapati daripada makanan.
Mengekalkan suhu tubuh dan menghasilkan hormon serta sel-sel dalam tubuh.
Sumber lazim adalah minyak masak (seperti minyak sawit, minyak kacang soya). Lemak-lemak tak tepu, seperti daripada ikan, legum, kekacang dan biji-bijian merupakan sumber lemak diet yang baik. Kurangkan pengambilan lemak tepu daripada sumber haiwan seperti ghee, lemak khinzir dan juga kelapa.

Vitamin dan mineral
Mengekalkan tumbesaran dan kesihatan keseluruhan, kerana kedua-duanya menjalankan fungsi-fungsi penting di dalam tubuh.
Diperlukan dalam kuantiti kecil, tidak boleh dihasilkan dalam tubuh dan hanya boleh didapati daripada makanan.
Keperluan boleh dipenuhi dengan memakan pelbagai jenis makanan daripada lima kumpulan makanan dalam piramid makanan.

Air
Mengekalkan keseimbangan cecair tubuh.
Menyerap haba metabolik di dalam tubuh. Berfungsi sebagai medium pengangkutan di dalam tubuh (seperti menghantar nutrien ke organ-organ di dalam tubuh dan menyingkirkan bahan kumuh daripada tubuh).


Tuesday, 23 October 2012

Perubahan Fizikal Akil Baligh

             Remaja yang memasuki akil baligh akan mengalami perubahan fizikal yang ketara. Oleh itu, remaja akil baligh mesti mengetahui perubahan-perubahan fizikal diri yang bakal dihadapi serta cara-cara menjaga kebersihan diri agar menjauhi diri daripada penyakit serta menunjukkan imej diri yang bersih.

Kesihatan Diri
v  Perubahan fizikal yang dialami oleh remaja:
Perubahan fizikal remaja lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan dan persamaan.  Pada peringkat ini, remaja akan mengalami perubahan fizikal seperti ketinggian, berat badan dan juga perwatakan.    

Sumber : Pendidikan Kesihatan Keluarga, Aspek Fizikal, PPK, KPM.


v  Perubahan Fizikal Remaja Lelaki
            Remaja lelaki yang mencapai akil baligh akan mengeluarkan hormon androgen yang dihasilkan oleh testis. Hormon tersebut menggalakkan pembentukan ciri-ciri sekunder bagi remaja lelaki seperti pertumbuhan halus di ketiak dan pubis.  Suara mereka akan berubah menjadi garau dan halkum juga akan jelas kelihatan pada leher. Rangsangan kelenjar pituitari pula menyebabkan perkembangan hormon testosterone yang berfungsi untuk merangsang penghasilan sperma.




v  Perkembangan Fizikal Remaja Perempuan
            Remaja perempuan yang mencapai akil baligh akan mengalami kematangan organ-organ pembiakan dan rembesan hormon estrogen serta progesterone.  hormon tersebut bertugas untuk merangsang pembentukan cirri sekunder bagi remaja perempuan seperti pembesaran payu dara dan punggung menjadi lebih lebar.  Rembesan hormon itu menyebabkan berlakunya haid.




Friday, 19 October 2012

Perbezaaan Antara KSSR dan KBSR



1) Reka Bentuk Kurikulum
     Reka bentuk kurikulum KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu

a) Bidang komunikasi, 
Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil. Antara objektif penting pembentukan  KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira

b) Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar
Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

c) Bidang perkembangan diri individu
Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.

Manakala KSSR terbahagi kepada 6 Tunjang.Tunjang-tunjang KSSR adalah seperti berikut:

Tunjang Komunikasi
Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi.

Tunjang Sains & Teknologi
Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Perkembangan Fizikal & Estetika
Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai
Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Tunjang Kemanusiaan
Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global
Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Tunjang Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

2) Bahan Kurikulum.
KBSR  menggunakan sukatan pelajaran dan huraian pelajaran. Sukatan pelajaran dokumen rasmi yang  merupakan rangka atau garis panduan berkenaan sesuatu subjek Dalam KBSR juga terdapat Huraian Sukatan Pelajaran  yang diperincikan daripada Sukatan Pelajaran Guru mestilah merujuk kedua-dua dokumen ini unuk perancangan tahunan sepanjang tahun yang mengandungi Objektif,Hasil Pembeajaran,aktiviti dan nilai-nilai. Selain itu dalam  KBSR penggunaan  buku teks dan buku panduan guru juga untuk dibekalkan untuk pengajaran dan pembelajaran.

Bahan kurikulum yang digunakan dalam melaksanakan KSSR terbahagi kepada tiga iaitu

Dokumen Standard
Dokumen standard ialah bahan kurikulum utama yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru menggunakan dokumen standard ini untuk merancang rancangan pengajaran mereka. Standard Kandungan  dan  Standard Pembelajaran adalah elemen utama yang terdapat dalam dokumen standard.Standard kandungan adalah kenyataan umum tentang domain kognitif (pengetahuan)dan efektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai oleh murid. Standard pembelajaran pula ialah kenyataan khusus kepada murid agar mereka tahu dan boleh melakukan dari segi konsep dan pengetahuan. Keupayaan melakukan sesuatu membolehkan murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bentuk yang boleh diukur.

Modul Pengajaran.
Modul pengajaran adalah dokumen yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran manakala modul pembelajaran pula dugunakan oleh murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu isi pembelajaran.

Modul pembelajaran.
Modul Pembelajaran pula digunakan oleh murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu isi pembelajaran. Penggunaan modul-mudul dalam KSSR menggantikan buku teks yang akan digunaka pakai oleh guru untuk meningkatkan penguasaan murid dalam focus 4M iaitu membaca ,menulis, mengira dan menaakul seperti mana terdapat dalam KBSR iaitu membaca,menulis dan mengira

Wednesday, 10 October 2012

Saya Bangga Menjadi Guru ! +^_^+

          
             Sejak kecil, aku sudah bercita-cita untuk menjadikan seseorang guru. Sekarang, saya sudah lama berkhidmat di SJK(C) Kwang Chien sebagai seorang guru. Perasaan bangga sering wujud di dalam hati saya. Aku memang bangga menjadi seorang guru. Walaupun ramai orang berpendapat bahawa kerja guru adalah senang dan tidak mencabar, namun untuk melaksanakan tugas sebagai seorang guru tidak semudah ungkapan itu. Zaman dah berubah, banyak cabaran yang terpaksa guru lalui. Tapi, ada juga sesetengah manusia yg tidak berpuas hati degan kenyataan di atas. Ada yg cakap, "kerja cikgu senang saja""kerja sikit, cuti banyak" bla bla bla bla...  :X  Kerja seseorang guru bukanlah mudah seperti yang digambarkan kerana............

  1. Semasa pertandingan bola,  guru menjadi PENGADIL!!
  2. Semasa murid ingin menyertai pertanding, guru menjadi JURULATIH!!
  3. Apabila tiba masa RMT, guru menjadi PELAYAN!!
  4. Apabila murid sakit,  guru menjadi DOKTOR!!
  5. Semasa persembahan hari guru, guru menjadi KOMPOSER!!
  6. Semasa baiki kerusi rosak, guru menjadi TUKANG KAYU!!
  7. Semasa murid budak muntah dalam kelas, guru menjadi TUKANG CUCI!!
  8. Semasa murid mencuri, guru menjadi. DETEKTIF!!
  9. Semasa murid membuat persembahan, guru menjadiJURUGAMBAR!!
  10. Semasa perkhemahan, guru menjadi TENTERA!!
  11. Semasa hari Guru, guru menjadi  PENYANYI!!
  12. Semasa gotong royong sekolah, guru menjadi  TUKANG KEBUN!!
  13. Semasa murid bergaduh, guru menjadi  HAKIM MAHKAMAH!!
  14. Semasa murid merentas desa, guru menjadi  POLIS TRAFIK!!
  15. Semasa murid sedih, guru menjadi  PELAWAK!!



       Sekarang, tugas guru bukan setakat mendidik dan membimbing generasi muda lagi, tetapi pelbagai tugas yg dilaksanakan. Hanya guru sendiri yang tahu cabaran dan tanggunjawab yang dipikul. @_@ Huhuhu~  Namun begitu, saya tetap berasa bangga dengan pekerjaan saya kerana mendidik anak bangsa negara merupakan satu kerja yang mulia dan suci agar mereka dapat memperoleh ilmu dan memperkembangkan potensi mereka dengan berkesan.